ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Tuesday 15 May 2018

I'M BACK! ANWAR IBRAHIM

anwar ibrahim kini dibebaskan

Masa yang berlalu tidak sempat melihat anaknya membesar. Tidak sempat jaga keluarga tercinta saat sakit. Tidak sempat kesana sini. Cuma duduk dalam penjara. Solat,berdoa,baca buku,baca Al-Quran. Tapi sentiasa senyum dan cakap yang baik..
Pastinya iman dan cinta pada Allah yang memberi kekuatan untuk semua itu...

Sumber dari : FB Ustaz Ebit Liew


Ebit Lew added 2 new photos.
7 hrs

Syukur pada Allah. Terima kaseh Allah. Dari saya kecil saya sangat menyayangi ulama. Saya juga menyayangi pemimpin baik yang menegakkan kebenaran..esok Rabu berkat Ramadhan....Tarawih dah..Allahuakbar..selamat kembali kepangkuan keluarga dan meneruskan perjuangan
Saya cuma ingin kita semua bahagia dan masuk syurga. Hati saya tak senang melihat mana-mana orang dihina. Walau wanita yang dizalimi oleh suaminya. Anak kecil yang lapar atau terbiar. Tidaklah membenci sesiapa cuma memang tak boleh tahan tengok orang dianiaya dan dizalimi.
Melihat kepada keluarganya. Saya tahu beliau seorang yang bawa Islam dalam keluarganya. ISLAM itu boleh lihat pada diri seseorang itu dan keluarganya. Semoga beliau terus istiqamah atas kebaikan. Pengorbanan beliau isteri dan anak-anak. Benarlah disebalik seseorang yang hebat itu rupanya Allah anugerahkan isteri yang sangat kuat.
Doa seorang isteri itu makbul. Doa isteri itu ajaib. Inikan pula doa dan perjuangan. Membesarkan anak seorang diri saat suami di dalam penjara. Ya Allah...Allah beri ketabahan dan hadiahkan anak-anak yang baik dan sentiasa senyum walau ujian belum berhenti. Anak berdiri depan penjara menanti ayah...Lihatlah isterinya dan anaknya yang menjaga akhlak dan pertuturan. Berjuang dan berkorban buat suami. Buat ayahnya. Sanggup memaafkan dan korbankan perasaannya dengan selalu memaafkan demi kebaikan rakyat Malaysia..Semoga Allah rahmati keluarga ini dan semua keluarga di Malaysia.
Tanpa susah seseorang itu tidak boleh memahami susah orang lain. Kesusahan yang disandarkan pada Allah ialah ilmu yang terus diberi oleh Allah. Semua Nabi dan orang soleh melalui susah dan sakit. Supaya mereka rasai setiap sakit perit orang lain. Mereka selalu teringat sakit mereka saat mengadili orang lain. Benarlah rahmat Allah disebalik susah. Saya ingat masa beliau dimasukkan dalam penjara lagi. Di mahkamah. Katanya semua ini akan menjadi sejarah. Bukan hari ini tapi sampai ke anak cucu kita akan membaca. Masa tu tak faham lagi. Kini melihat keajaiban doa ulama dulu-dulu. Orang soleh. Doa ibubapanya. Menangis saat beliau pulang melihat orang tersayangnya meninggal dunia. Ya Allah...
Masa yang berlalu tidak sempat melihat anaknya membesar. Tidak sempat jaga keluarga tercinta saat sakit. Tidak sempat kesana sini. Cuma duduk dalam penjara. Solat,berdoa,baca buku,baca Al-Quran. Tapi sentiasa senyum dan cakap yang baik..
Pastinya iman dan cinta pada Allah yang memberi kekuatan untuk semua itu...
Dari saya remaja sekarang anak saya 4 orang. Syukur Allah izin dapat baca surat ini. Terima kaseh Allah..
Semoga Allah rahmati dan beri hidayah berterusan buat semua pemimpin DYMM YDP Agong. Dan semua pemimpin negara dan setiap negeri. PAKATAN, PAS,BN,DAP,dan semua. Teruskan dakwah dan doa buat semua. Semoga Allah tambahi hidayah buat kita semua dapat jaga Islam dan didik anak kita dengan Islam serta berakhlak dengan akhlak mulia pada semua berbeza bangsa dan agama.. Semua orang baik dan mulia. Juta rahmat yang kau beri kepada mereka berilah sedikit pada saya yang lemah dan mengharap redha Allah-ebitlew

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...