ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Saturday 12 May 2018

PRU14, TERCIPTA SEJARAH MALAYSIA BARU!

mahathir



Tarikh bersejarah tanggal 10 Mei 2018 telah terciptanya satu sejarah baru buat negara Malaysia, Tun Dr Mahathir telah mengangkat sumpah Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Tun Dr Mahathir Mohamad dengan rasminya diisytihar sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh apabila istiadat mengangkat sumpah selamat berlangsung di Istana Negara, pada Khamis malam. Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. 

Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang, turut menjadi saksi peristiwa penting itu. Detik ini adalah sangat bermakna buat semua rakyat Malaysia memandangkan rakyat sendiri telah 'bersuara' melalui Pilihan Raya ke14 baru-baru ini. Ternyata rakyat inginkan perubahan dari tampok pimpinan, maka itulah disambut baik oleh Tun M demi tidak mahu melihat tanah air tergadai dek tangan rakus pemimpin yang tidak bertanggungjawab.




Jokowi, pemimpin Indonesia juga sebagai rakan politik turut tidak terlepas mengucapkan tahniah kepada TDM. 


“Kami (saya dan Dr Mahathir) berbicara melalui telefon semalam, selesai beliau dilantik dan mengucapkan (mengangkat) sumpah di Istana Negara,” kata pemimpin yang lebih mesra dikenali sebagai Jokowi itu.
Tambah Jokowi, beliau gembira mendengar proses demokrasi di Malaysia yang berjalan dengan lancar dan aman.

“Sebagai negara serumpun, saya percaya di bawah kepimpinan Bapak Mahathir hubungan antara kedua bangsa kita akan terus meningkat,” katanya lagi.





"SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT"




“Rakyat Malaysia sudah bersuara. Dan suara rakyat adalah keramat.
“Selamat maju jaya, Malaysia dan terima kasih kepada semua pengundi kerana melaksanakan tanggungjawab kepada negara,” katanya.
Posting tersebut dimuat naik ketika Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir mendakwa HARAPAN sudah mendapat jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang berlangsung pada Rabu, PH memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan yang baharu. Sebelum ini, Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat bermula pada tahun 1981 hingga 31 Oktober 2003. Beliau juga merupakan pemimpin yang paling lama memerintah negara malah pemerintahan beliau amat dihargai rakyat!
11 Mei 2018,
Hari pertama TDM menggalas semula tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...