ads forum

KOngsiHaL SEDIA MENERIMA SEBARANG BISNES ATAU PRODUK UNTUK DIIKLANKAN atau REVIEW. SILA HUBUNGI 019-4124390


BANNER MERC

Friday 18 May 2018

SANGAT LUAR BIASA PETI BESI DI RUMAH NAJIB!

" Sangat Luarbiasa Peti besi di rumah Najib "

Apa yg ada disebalik peti besi NAJIB?

KUALA LUMPUR: Peti besi lama di rumah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, masih belum berjaya dibuka sehingga operasi dihentikan kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Polis terpaksa menggerudi peti besi milik keluarga bekas Perdana Menteri itu susulan kunci peti besi terbabit dikatakan hilang dan tidak pernah dibuka sejak 20 tahun lalu.

Polis turut memanggil beberapa tukang kunci untuk membukanya, namun peti besi berkenaan masih gagal dibuka dan proses untuk membukanya akan disambung hari ini.

Sumber memberitahu, proses penggerudian yang dilakukan sejak 8.30 pagi semalam (16 mei 2018) dihentikan kira-kira jam 9.30 malam tadi (17 mei 2018) sebelum enam buah kenderaan dinaiki pasukan polis serta seorang lelaki dipercayai tukang kunci keluar meninggalkan kawasan kediaman itu kira-kira jam 9.55 malam.
Tukang kunci yang membantu usaha membuka peti besi tersebut

Terdahulu, peguam mewakili Najib, Datuk Harpal Singh Grewal, memberitahu kunci peti besi berkenaan sudah hilang menyebabkan pihak polis terpaksa menggerudinya untuk mengenal pasti isi kandungannya.
“Tiada barang berharga di dalam peti besi itu.
“Namun, tindakan polis menggerudi dalam jangka masa panjang menimbulkan gangguan yang menjejaskan ketenangan di kediaman keluarga Najib,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...